Slider

Iced Butterscotch Latte ZUS Coffee

Monday, April 15, 2024

Butterscotch Latte ZUS Coffee. Zus Coffee edisi baru,

Hari raya kedua haritu aku dan kakak cuba menu baru dari Zus Coffee.. Disebabkan aku suka Buttercreme Latte, so try lah kan.. Nampak lebih kurang sama ja. Zus keluarkan edisi Butterscotch! Ada 3 jenis menu air. Korang tau tak, time nak order ni kan, outlet ni Pendang dah tak boleh order. Dah full.. Gila lah penangan raya.. Jadi aku order di Simpang Kuala, Alor Setar. Kebetulan lalu disitu, boleh lah terus selit order..


Butterscotch Latte ZUS Coffee. Zus Coffee edisi baru,
 
Iced Butterscotch Latte. 3.5/5 rating. Aku lebih suka Buttercreme Latte. yang tu aku bagi 4.5/5.. Bukan cakap tak sedap cumanya ia agak manis. Aku jenis tak suka coffee yang manis. Biar pahit-pahit sikit tak pa.. Korang dah cuba ke belum? Kalau pendapat kakak aku dia suka. Lain orang lain tekaknya kan..

Butterscotch Latte ZUS Coffee. Zus Coffee edisi baru,

Tukar Dairy milk ke Almond milk.. Aku memang akan tukar jenis susu kalau beli di Zus.. Almond milk rasanya lebih berlemak berbanding dairy milk yang hanya susu biasa..

Korang kenal tak Izzati Suza.. First time aku kenal selepas beliau collab dengan Zus. Semua kartun jenis ni semuanya dari Izzati Suza. Lukisan kartun yang unik dan menarik perhatian orang yang tengok.. Haritu sempat juga lah grab sampul raya edisi beliau.. Cantik sangat!

Read More

Resepi Begedil Ayam paling sedap

Saturday, April 13, 2024

resepi-begedil-mudah

Hai semua.. Begedil antara makanan favorite aku. Kalau goreng tiga biji memang tak kan cukup nak makan. Mesti kena goreng lebih. Nak buat tak susah pun. Bahan-bahan juga simple dan senang nak cari. Lama dah aku tak buat sendiri, asyik beli di kedai. Tapi di kedai tak sama dengan air tangan sendiri. Ada setengah kedai bila aku rasa, kentang yang dicampur tepung.. Begedil jadi keras sikit..

Bahan-bahan:

10 biji kentang (direbus)
Daun bawang (dihiris)
Bawang goreng
Isi ayam (direbus)
Serbuk lada putih
Garam dan serbuk perasa (pilihan)

resepi-begedil-mudah
Aku guna serbuk lada putih yang thai punya. sedap!


resepi-begedil-mudah
Lapik plastik antara layer begedil tu supaya tak melekat.

Cara-caranya:

1. Rebus kentang sehingga empuk (lenyekkan).
2. Masukkan hirisan daun bawang, bawang goreng, isi ayam.
3. Perisakan dengan serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa.
4. Gaul rata dan bentukkan sampai jadi bentuk begedil.
5. Sejukkan sekejap dalam peti sejuk sebelum goreng.
6. Celup begedil dengan telur dan goreng dalam api panas. Tak perlu lama, asalkan telur bertukar keperangan.  Siappp!

resepi-begedil-mudah
10 biji kentang yang digunakan, aku dapat 22 biji begedil.

Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin 2024

Friday, April 12, 2024

raya aidilfitri 2024, salam lebaran 2024,

Hai semua.. Baru sempat nak menulis disini. Paling laju kalau update di Instagram. hehe. Alhamdulillah syukur sangat dapat jumpa lagi Aidilfitri 2024.. Banyak benda yang aku belajar, yang baik dan yang memberi pengajaran.. Selepas Ramadan, semua orang mesti ada niat nak ubah diri kearah yang lebih baik kan? Begitu juga aku sendiri. Ramadan banyak mengajar kita dari semua aspek dalam kehidupan. Sabar, sayangi orang terdekat, tidak mengeluh dalam sesuatu perkara.. Haaa bab mengeluh ni, aku nak story sikit dekat korang..

Sehari sebelum raya iaitu hari last puasa (Selasa), kereta aku buat hal. Mati tepi jalan.. Allahu Akbar, dugaan yang besar untuk aku pada hari tu. Dekat sejam jugak aku disitu tanpa aircond. Time tu pukul 5 petang.. Singkatkan cerita, towing datang dan kawan aku pun sampai untuk ambil aku.. Aku ni manusia biasa, yang tak lari dari sifat mengeluh sebab penat sangat, dengan puasa lagi haritu.. Tapi lepas settle semua, malam tu terus muhasabah diri.. 

Allah bagi ujian sebab dia sayang. Selalulah berprasangka baik pada DIA.. Kita ni pendosa, dengan ujian yang diberi pada kita adalah untuk menghapus segala dosa yang ada. "Jangan mengeluh Busyra".. Itu ayat yang aku kata untuk pujuk hati.. 

Tahun ni adalah tahun ketiga tanpa sosok seorang ayah.. Rindu sangat. Tapi rindu tu mengajar aku untuk lebih menghargai mak.. Al-fatihah ayah..
Read More

Masak Bihun Soto Ayam di Pagi Aidilfitri 2024

Thursday, April 11, 2024

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Hai korang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua readers aku. Thanks sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni. Alhamdulillah dah selesai Ramadan. Semoga dapat jumpa lagi Ramadan akan datang.. Malam raya aku baru pergi beli bahan untuk persiapan masak bihun soto. Hari raya pertama aku tak kemana, sibuk melayan tetamu saja. Hari raya kedua, haaa baru nak berjalan. hehe

10 April 2024 (9.00 pagi)

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Aku buat kuah versi cair.. setengah orang suka pekat sikit. Aku nak buat rasa rempah kurma tu light je. Dalam ni aku letak fish ball dan ayam. Resepi nanti aku buat entri lain ye.. 

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Ini lah dia bahan-bahan yang ada dalam bihun soto ayam! Begedil tu aku buat sendiri. yang ni pun aku akan share resepi di entri lain.. InshaAllah.. Taugeh tu tak celur. Lagi sedap makan fresh macam tu.. Nak buat Bihun soto ni mudah saja sebenarnya tapi jadi malas bila nak buat begedil. Kena ambil masa sikit untuk siapkan semuanya..

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Resepi sambal kicap ni, aku ikut sebijik sama macam dalam Tiktok. Sedap sangat! Ada orang share.. Cili padi dan bawang putih goreng dulu.. Jangan letak air ye, guna kicap saja.. Pastikan guna kicap lemak manis. Baru lagi sedap.. Secret ingredient adalah bawang goreng. Korang masukkan sikit je, then blend!

Resepi-Bihun-Soto-Ayam, Raya-Aidilfitri-2024,

Ayam tu bila lagi lama masak dalam kuah soto lagi sedap dan lembut isinya.. 

Bila hari raya macam ni, sesekali buat makan. Adik beradik makan bersama. Rasa nikmatnya tu tak kan dapat dimana-mana. Moment indah bersama dengan family. 
Read More